Sunday, July 31, 2011

Our lives are made in these small hours


Our lives are made in these small hours - Rob Thomas : Little Wonders.

Selamat Bersahur

Short entri sahaja, nak ucap


SELAMAT BERSAHUR DAN SELAMAT BERPUASA
SEMUA MUSLIMIN WA MUSLIMAT
^^

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.



Selamat datang Ya Ramadhan!
Bulan Keberkatan, Bulan Kebajikan, Bulan Ma'firah
semoga ku sempat bertemu dengan mu.

Mohd Asyraf Hafiz Abd Aziz atau Aleesya Farhana Meninggal Dunia

Assalamualaikum.

Update berita tentang kematian seorang pemuda yang bernama Mohd Asyraf Hafiz Abd Aziz yang pernah mengemparkan tanah air kita dengan permohonannya untuk menukar namanya kepada nama wanita iaitu Aleesya Farhana. Arwah meninggal dunia waktu 0450 di Hospital Tengku Nur Zahirah dan dikatakan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan setelah permohonannya untuk menukar nama di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu ditolak.



Mungkin ini satu peringatan dari Allah s.w.t terhadap hambanya yang masih hidup agar tidak melampaui batas-batas agama. Sama - sama kita jadikan iktibar kejadian ini. Wallahualam. Apa pun doakan arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber SINI

Love Quote of The Day

 Love Quote Of The Day


Ruo Shi Yuan, Zai Kuwei, Ye Shi Tian (Jika Jodoh, Sepahit Apapun, Tetaplah Manis)..

               Ruo Wu Yuan, Cang Ai Zai Xin Tian (Jika Tidak Berjodoh, Simpan Saja Cinta di Dalam Hati)


Renung-renungkan
Selamat Beramal.   ^^..

Friday, July 29, 2011

Aku Kau Saya Awak.

Aku Kau Saya Awak.
Short Entri je ni.

       Aku cuma nak cakap, dalam penulisan aku kat sini, mostly aku gunakan word Aku Kau dan rarely guna word Saya Awak. Coz aku memang suka guna word Aku  Kau. Seems casual.

       But if aku komen entry korang khususnya ladies, aku akan guna word Awak  Saya, coz aku tak tahu korang okay ke tak if aku guna word Aku Kau coz some people see it as a rude word, perkataan tak sopan. So better aku guna word Awak Saya bila chat or komen kat blog korang kan. For Men dan yang mengenali aku secara live (ladies) , komfom aku guna Aku Kau bila komen kat blog korang. Ha3. Lelaki dengan Lelaki - Kawan dengan Kawan takkan nak kecik hati kot. ^^

      Truth is, aku agak janggal + sangat jarang guna word Awak Saya dalam perbualan harian aku kecuali untuk formal things. Tapi untuk tidak mengkecilkan hati korang (readers + followers) khususnya ladies, aku gagahi diri ini menggunakan word Awak Saya. Ha3. Itu sahaja untuk malam ini, macam mengantuk pulak rasanya.=.=

Hadith Palsu Tentang Fadhilat Tarawikh

Sekarang ni ramai yang cuba berdakwah dengan share tentang fadhilat solat tarawikh. Niatnya bagus tapi dalam bab agama ni, korang kena selidiki dulu, bukan leh main taip kat google then copy paste. Salah fakta, alamat tanam saham dosa la gamaknya. So Hati - Hati guys/girls.

Ni dia aku sertakan penerangan tentang Hadith palsu berkenaan fadhilat solat tarawikh yang tersebar luas tiap-tiap kali menjelang ramadhan

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya dan Captain America

Harimau Malaya dan Captain America

       Sebenarnya tak da apa-apa kaitan pun antara Harimau Malaya dengan Captain America, just nak buat 2 story in 1 entry. Jimat la kononnya.

       Firstly, lets go to Harimau Malaya topic, i just wanna say well done guys! all of u deserve it, even we lost the game but the important is experience u gain from it,and i'm gonna support National Team forever.
Aku takkan komen panjang pasal game malam tadi, coz banyak blogger dah buat artikel tentangnya kan. ^^


Budak Zaman Sekarang - Aisehman

Short entri sahaja coz dah dekat nak waktu Maghrib.

Okay, aku just cakap kadang-kadang aku pelik tengok budak zaman sekarang ni. Makin tak betul jadinya. Ntahla, maybe sebab kita dah berada di pengakhiran zaman kot. Aku pun bukan sempurna sangat nak komplen perangai diorang ni, tapi dah ni blog aku, suka hati aku la kan..Ha3..

Wednesday, July 27, 2011

Erti Kawan dan Konsep dalam Berkawan

Assalamualaikum w.b.t.


          Kawan? apa ertinya bagi aku, antaranya ialah "Kawan Adalah Mereka yang Kita Pergunakan untuk Kepentingan Diri Kita." Terpulang nak setuju atau tidak.

          Tapi , kita kena faham konsep dalam berkawan juga. Antaranya ialah "Apa yang Kita Boleh Lakukan untuk Kawan Kita, Bukannya Apa yang Dia Boleh Lakukan untuk Kita."

Quicksand

      Assalamualaikum
just wanna share apa yang ada dalam kepala
aku selepas menonton sebuah filem dan it's got something
to do with me.

Quicksand
We plays and we thinks everythings gonna be fine... and..then one 
things goes wrong and... then another and another.. we try to fight it back but the harder we fight the depeer we sink, until we can't move... can't breath... 
coz we over in our head.


Tuesday, July 26, 2011

New Proton Concept Cars or been called Five Brothers

Assalamualaikum.
Hi guys, hari ni aku nak share tentang New Proton Concept Cars and been called Five Brothers. Tapi tak sure bila akan dijual di pasaran Malaysia. Anyone knows? Brighten me please. Well, model terbaru ni ada lima jenis dan diinspirasikan dari 5 Malay Greats Warriors - sapa lagi kalau bukan, Hang Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir dan Kasturi. Apapun enjoy the pictures guys.

Monday, July 25, 2011

Filem Bollywood dan Filem Kung Fu serta Keajaibannya

Filem Bollywood dan Filem Kung Fu serta Keajaibannya

Filem Bollywood :-

Lalang oh Lalang

Lalang oh Lalang!

          Lalang? aku bukan nak cerita tentang lalang depan rumah korang, cuma nak pesan kat diri ini dan juga korang hidup jangan serupa lalang! kenapa? Easy, orang yang serupa lalang ni, dekat dunia ni, tak boleh pakai punya orang, tak boleh buat kawan sebab last-last dia maybe tikam belakang kita.

Friday, July 22, 2011

Aku dan Laptopku

Assalamualaikum w.b.t
    Apa perasaan korang bila laptop korang buat hal? Of coz la tak seronok, maner ada orang seronok bila laptop diorang merajuk. Aduhainya. Ha3. Right now, aku terpaksa on laptop aku menggunakan sistem safe mode + networking yang natijahnya menyebabkan laptop aku lebih cepat panas dan akhirnya akan menyebabkan power off secara tiba-tiba.

Wednesday, July 20, 2011

Tahap kecerdasan IQ penipu di negara ini

Assalamulaikum..

Apa yang aku nak tulis hari nie, ialah tahap kecerdasan IQ penipu di negara ini semakin merosot berbanding penipu di negara maju ataupun negara dunia ketiga yang lain yang lebih bijak menipu dan tidak menyerlahkan kebodohan mereka dalam menipu rakyatnya.

Tuesday, July 19, 2011

#Wordless Wednesday - Two Roads




Two roads

My sweet little cousins

My sweet little cousins and story behind it.
 
time nie kena demam kuning baby ni.

~sweet  & shy~


~hyperactive~



bagi aku beberapa bulan ni, especially beberapa hari lepas sangat sukar bagi aku, impian aku terpaksa dikorbankan demi tanggungjawab dan macam-macam lagi happens kat aku. Aku redha cuma sometimes rase down giler, tapi aku yakin nie dugaan dariNYA. At least bila datang rumah mak cik aku, tengok muka budak-budak nie, lega sikit rasanya. =). Part yang peliknya, bila life aku penuh dengan masalah dan macam-macam lagi, tapi aku still care so much tentang problem orang lain dan sampai satu tahap jadi personal kaunselor. Ha3. Ntahla aku sendiri pun blurr, padahal bukan ada siapa pun kisahkan tentang masalah aku, so conclusionnya pendam sorang-sorang jela. Ha3


ALLAH S.W.T. berfirman di dalam surah Al-Insyirah…,
 
“Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan wujud kesenangan, dan sesungguhnya selepas kesusahan itu akan wujud kesenangan”  

Ayat 5-6 Surah Al-Insyirah.

Insyaallah lepas ini semuanya akan okay.
all iz well - 3 idiots.

Monday, July 18, 2011

Monday and Day before it

 Monday and Day before it
Assalamualaikum w.b.t
       Exactly, mood nak mengepost beberapa hari ni agak zero. Maybe sebab beberapa kali aku nak tukar template yang bersesuaian dengan citarasa aku tak menjadi. Hmm.. Guys any suggestion where i can get simple and stylish templates? for free of course.Ha3. Thinking thinking thinking   =.=

And....
today is Monday adalah suatu hari yang agak "speechless" bagi aku. Why? well baru balik dari rumah makcik kat Banting melawat anak saudara baru, so small la babynya, even aku pun tak berani nak dukung. Ha3. btw its seem anak saudara aku yang lain semuanya dah besar, not besar badan, tapi umur la, and of course semakin comel diorang mcm pakciknya masa kecik - kecik dahulu.*mood: perasan. Ha3. Well, semasa perjalanan pulang, aku drive dalam keadaan yang extreme mengantuk (sleepy) , and suddenly i know, aku dah ada kat rumah. what! apa-apa pun Alhamdullilah, masih diberi kesempatan bagiku untuk bertaubat. I'm gratefull Ya Allah.,

     Tapi bila dikenang kenang balik, its really creepy dude, ini second time aku drive dalam keadaan yang tersangat mengantuk. and Guys! Warning! Pastikan anda semua cukup tidur, cukup rehat, dan jangan makan ubat - ubatan yang menyebabkan mengantuk semasa memandu, if umur tak panjang, tidur bawah lori terus. -thats not best bro!. - pesanan penuh lemah lembut dari saya.

   

Friday, July 15, 2011

File Sharing link

Assalamualaikum w.b.t. File sharing link websites for bloggers.


     Hari nie aku nak share dengan korang laman web yang aku selalu gunakan untuk download movies and games. Probably sebahagian besar dari korang dah tahu, so aku nak share dengan yang tak tahu lagi. Sharing is caring katanya - quotes sapa pun aku tahu. Ha3. And ramai jugak yang selalu gunakan torrent, but guys i'm not torrent fans. Lihat di bawah.

Thursday, July 14, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2.

Assalamualaikum w.b.t.

        Hari ni aku nak cerita tentang perkara laghoh..he3.. Sry guys. Well malam tadi aku & kawan aku baru sahaja balek dari menonton wayang movie Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 yang juga merupakan last sequel  dan no more Harry Potter after this, itu apa yang JK Rowling cakap la. I just wanna say the movie is Awesome!, 
the Best Movie Harry Potter so far not the best movies so far and it really worth, i spend about 10 bucks watching it.

Tuesday, July 12, 2011

Change and Istiqamah / Steadfastness

Assalamualaykum bloggers...topic of the day Change and Istiqamah

"CHANGE / BERUBAH"

Can We Change?

YES!

Top Ranking Universiti di Malaysia

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

Calon - calonnya ialah...

Friday, July 08, 2011

BUKTI BERSIH 2.0 PERLU DIADAKAN!

SPR
(SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA)

TELUS! JUJUR! AMANAH!

So, hari ni, opsss, Assalamualaikum. Aku nak share sesuatu dengan korang iaitu bukti ketelusan SPR dalam menjalankan pilihanraya dan kenapa BERSIH 2.0 tidak perlu diadakan.
Firstly aku akan letak beberapa no. ic dan selepas itu korang dipersilakan untuk menyemak daftar pemilih mereka dan comparekan antara TARIKH LAHIR diorang dan NO. IC diorg. Sila lihat dibawah ini.


971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114

980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113

981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113

>980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113

980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113

980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113

981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113

980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113

DAN SILA check No Ic diatas ini disini DAFTAR SEMAK PEMILIH (SPR)



Selamat Mencuba!

*kredit kepada Encik Yusuf di group Jamnapari atas perkongsian anda.

Tuesday, July 05, 2011

Aku dan Blog

Assalamulaikum.

Pagi ni, aku nak tulis kisah aku dan blog, so kalo korang nak baca, aku anggap bonus. Kalau korang tak nak baca, aku pun tak kisah sangat, sebab aku dah state kat description bawah Blog Title ak "Sebuah Tempat untuk Aku Bercerita". Jadi ikut suka aku la nak tulis or share apa-apa kat blog aku. Ha3

Aku sebenarnya bukanlah kaki blogging sebelum ini even, aku dah lama buat dah. Dulu aku ada blog yang lain sebelum blog H20 ni, tapi tak berapa aktif sangat mengupdate entri-enti baru dan tak rajin nak cari follower or yang sama waktunya. Jadi kiranya blog aku sebelum ni ditahap Blog yang Langsung Tak Femes & Tidak Berkualiti

Suatu hari, aku bukak blog lama aku & aku baca satu-satu entri yang aku post, then satu benda terlintas dalam kepala aku "WHAT?" then aku fikir aku sebagai admin blog tu pun rasa menyampah baca entri-entri yang aku posting, apatah lagi bloggers lain yang datang singgah. Maka, aku pun DELETE la blog tersebut dan hampir setahun kemudian aku buatlah blog H20 ni dengan azam nak memperbaiki mutu penulisan aku, dan post entri yang berkualiti.

Kali ini, aku tak memasang niat mencari followers or meningkatkan trafik  blog, tetapi sekiranya, aku ulang semula sekiranya ada yang sudi jadi FOLLOWERS blog aku, aku anggap ia sebagai bonus dan terima kasih daun keladi aku ucapkan. Sekiranya ada yang membenci blog aku, aku pun tak kisah dan takkan benci balik sebab "Bukannya Aku Kenal Korang Pun"  Ha3...

For this new blog, sesetengah entri aku akan tulis dalam English Language sebagai satu cara untuk aku mengimprovekan english skills aku but majoriti entri akan ditulis dalam Bahasa Melayu. Bahasa Arab? hmm.. tak reti sangatlah, nahu, sorof semua berterabur. Ha3..


Akhir kalam, aku akan cuba merajinkan update blog aku ni dengan entri yang menarik dan berkualiti, tetapi sekiranya yang terjadi sebaliknya, aku cuma nak cakap im really bad with writing sejak dari sekolah lagi
dan kadangkala idea itu ada, tapi aku tak dapat nak mengekpresikannya dalam bentuk penulisan. :-)

You Can't Handle the Truth

Human
they got two eyes, but just few of them gonna be able to see with their eyes and their hearts.  Academic status of eminence not measure a person able to see the truth in front of them. Rather they did not seebut often they are turned away from it because they fear the truth. They keep ignoring the fact around them, did everything they can to stop it and party thats supports the truth.



The Question is...
       For how long they gonna keep denied it and ignored it?
        

- Winston Churchill

"The truth eventually will come, you can run, but for how long you gonna run, because the hardest part is, it's impossible for you to hide from it." - H20

i'm praying & dreaming that time, when the people around them open their eyes to see the truth - face it and accept it.
If they keep running from it, the truth gonna chase them from the back and how long they can stop their heart to looking back. Can they handle the truth or they gonna denied the truth around them and closed their heart from it? It's a question that i'm still waiting for someone to answer it.


Monday, July 04, 2011

Fasten ur Internet Speed

Internet anda lembab?
 Ingin melajukannya.....?

Sila click link dibawah ini,
kemudian download Software tersebut
& Install di Pc or Laptop anda.

Terbukti BERKESAN dalam
melajukan perkhidmatan
Internet saya.

Sebelum itu korang check kelajuan Internet
korang dengan mengklik TM SPEED TEST.

Dan setelah run software trsbt
sila bandingkan semula kelajuan internet anda
dengan click diatas semula.

Untuk medownload
Software tersebut Click SINI...


Selamat Mencuba!!!!!
Tak Jadi jangan
Kecewa.
Bukan rezeki namanya,,,

Sunday, July 03, 2011

Khasiat Buah - Buahan

Tak suka makan buah - buahan? Rugi...buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Antaranya khasiat buah - buahan. Sila Lihat dibawah....


Nenas penawar Batu Karang
Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

Delima hilangkan masalah cacing
Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C yang berkesan meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. 


Pisang merawat Kudis & Luka-luka

Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. 

Mangga penawar Hernia

Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.


Belimbing merawat Kencing Manis aka Diabetis
Belimbing dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pengidap kencing manis dan sesuai dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Lemon penawar Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. 

Buah Pala melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buah Pinang
Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

Pisang Kaki turunkan tekanan Darah Tinggi
Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin yang bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. 

Sengkuang Cina penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. 


Ciku penawar Buang Air Berdarah
Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.


Buah Tembikai aka Watermelon
Tembikai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai pula memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. 


Avokado cegah Sakit Jantung
Avokado amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung.


Betik elak Sembelit
Betik berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.


Kurma hindari Batuk
Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.  Selain itu,ia merupakan makanan sunnah Rasullah S.A.W.
Sila rujuk link ini untuk mengetahui lebih mendalan ttg khasiat kurmaSolihin Zubir

Sebenarnya dlm byk buah-buahan kt atas ni, ada gak yang saya tak pernah makan..ha3..
Moralnya - banyakkan makan buah - buahan.

~Malaysia Vs Taiwan~ Pusingan ke-2

Berakhirnya perlawanan
pusingan ke-2 antara Malaysia VS Taiwan dengan 
keputusan 2-3 menyaksikan Malaysia kalah
ditempat lawan, tetapi layak ke pusingan
berikutnya menentang Singapura
dengan kelebihan jaringan 
ditempat lawan.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Ketua Pasukan
Safiq Rahim & Aidil...
Walau bagaimanapun, mutu pengadilan
kurang berkualiti malam ini.

Overall, saya berpuas hati dengan mutu
permainan pasukan Malaysia
& Gud Luck saya ucapkan 
utk permainan menentang Singapura 
yang akan datang.

                                  VS





*pasukan Malaysia mungkin boleh dikenakan tindakan mengikut akta ordinan darurat kot kerna memakai jersi warna kuning dan secara tidak langsung mempromosikan Bersih di Taiwan..he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal