Tuesday, July 05, 2011

Aku dan Blog

Assalamulaikum.

Pagi ni, aku nak tulis kisah aku dan blog, so kalo korang nak baca, aku anggap bonus. Kalau korang tak nak baca, aku pun tak kisah sangat, sebab aku dah state kat description bawah Blog Title ak "Sebuah Tempat untuk Aku Bercerita". Jadi ikut suka aku la nak tulis or share apa-apa kat blog aku. Ha3

Aku sebenarnya bukanlah kaki blogging sebelum ini even, aku dah lama buat dah. Dulu aku ada blog yang lain sebelum blog H20 ni, tapi tak berapa aktif sangat mengupdate entri-enti baru dan tak rajin nak cari follower or yang sama waktunya. Jadi kiranya blog aku sebelum ni ditahap Blog yang Langsung Tak Femes & Tidak Berkualiti

Suatu hari, aku bukak blog lama aku & aku baca satu-satu entri yang aku post, then satu benda terlintas dalam kepala aku "WHAT?" then aku fikir aku sebagai admin blog tu pun rasa menyampah baca entri-entri yang aku posting, apatah lagi bloggers lain yang datang singgah. Maka, aku pun DELETE la blog tersebut dan hampir setahun kemudian aku buatlah blog H20 ni dengan azam nak memperbaiki mutu penulisan aku, dan post entri yang berkualiti.

Kali ini, aku tak memasang niat mencari followers or meningkatkan trafik  blog, tetapi sekiranya, aku ulang semula sekiranya ada yang sudi jadi FOLLOWERS blog aku, aku anggap ia sebagai bonus dan terima kasih daun keladi aku ucapkan. Sekiranya ada yang membenci blog aku, aku pun tak kisah dan takkan benci balik sebab "Bukannya Aku Kenal Korang Pun"  Ha3...

For this new blog, sesetengah entri aku akan tulis dalam English Language sebagai satu cara untuk aku mengimprovekan english skills aku but majoriti entri akan ditulis dalam Bahasa Melayu. Bahasa Arab? hmm.. tak reti sangatlah, nahu, sorof semua berterabur. Ha3..


Akhir kalam, aku akan cuba merajinkan update blog aku ni dengan entri yang menarik dan berkualiti, tetapi sekiranya yang terjadi sebaliknya, aku cuma nak cakap im really bad with writing sejak dari sekolah lagi
dan kadangkala idea itu ada, tapi aku tak dapat nak mengekpresikannya dalam bentuk penulisan. :-)

2 comments:

  1. smoga dpt menghasilan blog yg memberi manfaat kepada membaca..
    gudluck! heheh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal