Friday, July 22, 2011

Aku dan Laptopku

Assalamualaikum w.b.t
    Apa perasaan korang bila laptop korang buat hal? Of coz la tak seronok, maner ada orang seronok bila laptop diorang merajuk. Aduhainya. Ha3. Right now, aku terpaksa on laptop aku menggunakan sistem safe mode + networking yang natijahnya menyebabkan laptop aku lebih cepat panas dan akhirnya akan menyebabkan power off secara tiba-tiba.


    Tapi nak wat macam maner, laptop aku ni boleh dipanggil veteran dah. Ha3. Aku pun salah gak, cuai menjalankan tanggungjawab sebagai pemilik laptop, first time dulu beli, tak install antivirus, tak servis setiap 6 bulan, jadi sekarang ni memang padan muka aku. So guys, make sure, if korang ada laptop gunakan antivirus original, bukan trial version (trial version ni tarik virus adalah) dan rajin-rajinlah hantar laptop korang pergi kedai untuk diservis stiap 6 bulan . Nanti jadi macam aku, menangis air mata darah pun dah tak guna. Ha3.

Tips dari aku berkenaan penjagaan & membeli laptop.
  • sekiranya nak beli laptop, aku cadangkan jenama Samsung, Asus, Dell, HP, dan Toshiba, jenama Acer dan Compaq amatlah tidak digalakkan kerana banyak coresponden merungut berkenaan prestasi kedua-dua laptop ini.
  • semasa membeli laptop tersebut, lihat specificationnya dahulu, cari prossesor intel i-3 ke atas. intel celeron? guys ini zaman batu punya processor.Ha3. And make sure saiz memori ram besar, kerana memori ram memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi laptop anda.
  • Setelah membeli laptop anda, tersangatlah dilarang menggunkan laptop diatas tilam, kerana akan menyebabkan haba dari processor serta lain-lain tidak dapat keluar dan mungkin menyebabkan kerosakan kepada komponen dalaman laptop anda. Rajin diri korang menggunakan cooling pad sekiranya nak guna laptop secara extreme seperti main games.
  • Sebaiknya jangan letak banyak sangat program shortcut kat desktop korang, agar laptop korang going soft and smoothly. Ha3.
  • one more, elakkan install program yang tak perlu, sebagai contoh program video player, korang install winamp dengan Vlc rasenya dah cukup, tak payah la nak sumbat beraneka jenis software video player dalam laptop korang, buat menyemak dan memberatkan laptop.


Rasanya itu sahaja for now dan hari ini aku nak gerak pergi kedai komputer kasi format dan suruh orangnya tengok-tengokkan laptop aku. *dalam otak - keluar duit lagi...aduhainya*
By the way, tips yang aku bagi kat atas ni, tips dari seorang yang bukan pakar komputer, kalo korang nak tips yang lebih tepat dan berkesan, rujuklah kepada mana - mana pakar komputer yang berdekatan anda. :-)

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian beli laptop baru la nampaknya"

0 terjahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal