Monday, July 25, 2011

Filem Bollywood dan Filem Kung Fu serta Keajaibannya

Filem Bollywood dan Filem Kung Fu serta Keajaibannya

Filem Bollywood :-


  • Kebiasaannya dalam filem Bollywood mesti ada adegan Hero lelaki berlawan demi Heroin. Tak sah kalau tak da.
  • Sedang Si Hero menari dan menyanyi bersama Si Heroin berdua-duaan, komfom sekejap lagi akan muncul berdozen-dozen penari sukarela, tang mana munculnya tu. Ajaib!
  • Si Hero dan Si Heroin juga boleh bertukar-tukar pakaian ketika babak nyanyi menyanyi dan tari menari berlaku. Pakaian siapa lak diorang kebas dan bila lak diorang tukar pakaian. Pelik!
  • Permulaan cerita biasanya Si Hero akan parah dibelasah oleh penjahat-penjahat dan pengakhiran cerita lak, Si Hero mampu untuk mengalahkan berdozen-dozen penjahat seorang diri. Amboi hebatnya, banyak makan ginseng agaknya.
  • Selepas Si Hero selesai berlawan dan teruk juga dibelasah, ditumbuk yang ajaibnya dalam babak seterusnya (beberapa jam kemudian) kecederaan Si Hero akan segera sembuh dan tiada kesan langsung. ??? Setahu akulah, lebam kat biji mata at least take fews day nak hilang. Ini tak sampai berapa jam dah hilang, pakai Minyak Geliga kot. Kotlah.
  • Dalam mana-mana filem Bollywood kebiasaanya mostly akan diakhiri dengan Happy Ending, bukan seperti filem Hollywood yang berani mengetengahkan cerita-cerita yang memaparkan kematian Si Hero atau Si Heroin. Memang tradisi filem Bollywood kot endingnya mesti Happy, kalo tak Panggung kena bakar agaknya. Ha3.
Filem Kung Fu :-

  • Si Hero mampu mengalahkan berpuluh-puluh penjahat berseorangan dengan satu tumbukan sahaja.
  • Yang paling AJAIB, time adegan berlawan komfom menunjukkan  bagaimana pelakonnya terbang sambil berlawan secara tidak langsung berpindah tempat.  Tapi yang musykilnya, bila nak pergi sesuatu tempat (bukan adegan berlawan) mereka akan guna kuda. Hmm. Kalau aku dah boleh terbang, buat apa nak naik kuda, buat sakit pinggang je kan.
  • Ada sebahagian filem or drama Kung Fu, time Si Hero menumbuk sekumpulan penjahat disertai kuasa dalamannya, komfom kumpulan penjahat tu akan tercampak dalam gaya yang sama, most filem Kung Fu aku tengok macam tulah.
  • Watak dalam filem tersebut juga mampu mengalirkan kuasa dalamannya kedalam tubuh watak yang lain untuk menghilangkan racun didalam badan or menyembuhkan luka dalaman. Hebat! 
  • Kebiasaannya, watak Si Hero berupa seorang yang baik hati dan lurus serta mudah ditipu berulang kali oleh penjahat yang sama. Apa ke lurus bendulnya.


    Note :
    Ini hanyalah luahan pendapat aku sahaja, no offense okay kepada peminat filem Kung Fu dan Bollywood diluar sana. Lagipun Keajaiban - Keajaiban diatas adalah salah satu ciri-ciri filem luar Negara yang menyebabkan kita minat menontonnya. So take this as positive comment okay. And aku dapat idea nak tulis entri ni pun disebabkan aku teringat satu entri dalam majalah Mastika yang aku baca bertahun lamanya dahulu. So thanks to Mastika.


5 comments:

  1. Ha3.. Kalau hero mati awal, cite tu abis awal la nanti....he3..

    biasalah bro, filem nak kasi gempak.. Padahal didunia realiti, 1 lawan 1 belum tentu blh lepas...

    ReplyDelete
  2. ape2hal pun..polis mesti yg paling last sampai

    ReplyDelete
  3. yg plg last smpai, dn kerjanya just kutip pnjht yg dh pengsan..ha3

    ReplyDelete
  4. mmg sokong sesangat point ko...

    tp dorg mkin lame mkin bijak buat filem...

    latest entry WW : Salah Siapa?? & Urban-or-Disaster

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal