Monday, July 25, 2011

Lalang oh Lalang

Lalang oh Lalang!

          Lalang? aku bukan nak cerita tentang lalang depan rumah korang, cuma nak pesan kat diri ini dan juga korang hidup jangan serupa lalang! kenapa? Easy, orang yang serupa lalang ni, dekat dunia ni, tak boleh pakai punya orang, tak boleh buat kawan sebab last-last dia maybe tikam belakang kita.

 
          Mereka yang macam lalang ni, tiada pendirian, angin bertiup ke barat, tunduk ke barat la jadinya, ditiup ke selatan, tunduk keselatan la jadinya. Langsung takda pegangan. Last-last kena tebas. Memang padan muka. Realiti hari ini, lalang - lalang ni bersepah kat muka bumi ini. Lalang ni, ikut je mana-mana pihak yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka, baik ke buruk pihak tu, belakang cerita. Yang penting ada kepentingan bagi mereka. Aduhai. Lalang betullah diorang ni. Perosak!

         Selain itu, lalang ni mukanya serupa tembok, macam Tembok Besar Cina gitu. Memang dasar tak tahu malu punya manusia. Lalang-lalang ni langsung tak amik kisah pandangan orang, yang penting bagi mereka profit. Tang mana diorang sorok perasaan malu diorang pun aku tak tahulah. Aduhainya.
         Jadi blogger sekalian, janganlah kita berperangai serupa lalang, last-last kena tebas, kena kasi makan kambing, apa pun tak boleh. Nak jadi manusia kena ada 3 perkara bagi aku, barulah dikatakan manusia yang ada value.
Maruah!
Pegangan!
Matlamat!

So guys, muhasabah diri masing-masing depan cermin, kita ni ada perangai macam lalang ke tidak? Sekiranya ada, ubahlah ia sedikit demi sedikit. Baru kita ni ada value hidup kat dunia. So renung-renungkan, selamat beramal.
- pesanan penuh lemah lembut dari H2O.

0 terjahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal