Wednesday, July 20, 2011

Tahap kecerdasan IQ penipu di negara ini

Assalamulaikum..

Apa yang aku nak tulis hari nie, ialah tahap kecerdasan IQ penipu di negara ini semakin merosot berbanding penipu di negara maju ataupun negara dunia ketiga yang lain yang lebih bijak menipu dan tidak menyerlahkan kebodohan mereka dalam menipu rakyatnya.



Mengapakah perkara ini berlaku? mungkinkah disebabkan...
  • kesan pencemaran alam yang seterusnya mengganggu fungsi otak mereka memproses data-data cara menipu yang lebih berkesan dan mantap.
  • pengaruh rakan-rakan yang tidak menyumbang dalam memantapkan skil mereka dalam menipu.
  • kurang membaca bahan ilmiah berkaitan cara-cara menipu yang berkesan dan efektif mengikut kesesuaian zaman globalisasi..
  • selalu menggunakan kaedah yang sama berulangkali untuk menipu sehinggakan mereka yang tertipu mula menyedari mereka ditipu.
  • tiada subjek pembelajaran khusus cara - cara untuk menipu yang diajar disekolah mahupun di universiti lantas menumpulkan kemahiran penipu-penipu ini.
  • sikap sombong dan angkuh yang melanda golongan penipu ini untuk mengakui bahawasanya penipuan mereka telah terbongkar dan secara tidak langsung memperbodohkan diri mereka.
dan banyak lagi punca-punca yang menyebabkan gejala tidak sihat ini berlaku. Bagi aku perkara ini amat mendukacitakan serta memalukan golongan penipu profesional seantero dunia dan menunjukkan kurangnya inisiatif yang diambil oleh penipu di negara ini dalam memantapkan skil - skil menipu mereka.

Mengapakah aku menulis tentang topik penipu ini dan siapakah penipu yang aku maksudkan?

Motif aku menulis entri ni adalah kerana ingin meluahkan rasa kecewanya aku, kerana apabila aku menonton media massa yang dikuasai golongan penipu ini, mereka beranggapan rakyat mereka bagaikan duduk didalam tempurung kelapa dan terlalu bodoh untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Perkara yang paling menghairankan ialah, walaupun penipuan mereka telah terbongkar didalam mahupun diluar negara, mereka masih terus cuba menipu rakyat dan secara tidak langsung memalukan diri mereka sendiri.
Dimanakah maruah mereka sebagai seorang penipu?
Mereka juga turut mengatakan berita-berita yang disiarkan media antarabangsa seperti Al Jazeera dan CNN adalah tidak benar sama sekali walaupun bukti-bukti tidak memihak kepada mereka.

Berdasarkan kata-kata diatas, golongan penipu yang dimaksudkan didalam entri ini, tidak lain tidak bukan, mereka yang menguasai serta seringkali muncul di media massa di negara ini yang sentiasa cuba membasuh minda rakyat agar sentiasa hidup dalam penafian dan penipuan.

Saranan aku kepada golongan penipu ni, pergi ambil kursus kaedah menipu yang lebih efektif dan sesuai pada zaman moden ini.
Rakyat dah semakin bijak menilai sesuatu berita dengan media alternatif lain seperti internet.

Mungkin ada yang mempersoalkan, bagaimana aku tahu mereka menipu? Jawapannya - aku antara saksi sesuatu kejadian yang baru berlaku, dan aku lihat bagaimana golongan penipu ini memusingkan fakta sebenar kejadian yang telah berlaku. - 090711
" A Lie Cannot Live - Marthin Luther Jr King"
"It is hard to believe that a man is telling the truth when you know that you would lie if you were in his place. - H. L. Mencken"
"Nampok benor nipunya - Usof Wilcha"
"You're trying to deceive people around you but, at the same time you just lying to yourself - H2O"
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Ada tiga jenis yang Allah tidak akan mengajak berbicara mereka pada hari kiamat, tidak akan mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka siksaan yang pedih. Orang tua yang berzina, raja yang berdusta, dan orang miskin yang sombong'," - Hadith Riwayat Muslim [107]

-sekiranya korang nak menipu pun, agak-agak ar, macam aku dan orang lain bodoh sangat je. Aduhainya.

0 terjahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal