Wednesday, August 17, 2011

Adakah Al Quran sekadar untuk dibaca?

Assalamualaikum w.b.t..

Adakah Al Quran sekadar untuk dibaca?

Al Quran itu petunjuk bagi mereka yang mencarinya

                    Jawapan aku Tidak! Kenapa...... ? Membaca Al Quran itu hukumnya Sunat, dan mengamalkan isi-isi didalamnya WAJIB ke atas setiap muslim. Apa gunanya kita membaca ayat-ayat Allah tapi pada masa yang sama kita mengabaikan peringatannya. Kita set dalam minda kita Al Quran itu hanyalah kitab yang wajib dibaca dan pada masa yang sama hukum hakamnya kita tolak ketepi. Maaflah aku cakap, ada sebahagian umat islam hari ini menjadikan kitab Allah ini umpama barang mistik, disimpan rapi didalam almari, dikeluarkan bila ada event-event tertentu sahaja. Contohnya, jiran aku pernah bertanya pada mak aku, kenapa baca suroh Yassin selalu, suroh Yassin tu kan untuk majlis tahlil dan arwah. What the.......

"Aku telah meninggalkan pada kalian  dua perkara; jika kalian berpegang teguh pada keduanya, maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya" - Hadith Riwayat Muslim

Adakah kita betul-betul berpegang teguh pada kedua - duanya?
Tepuk Dada Tanya Iman

                    Sebahagian dari kita juga mengambil ayat - ayat tentang solat, tapi kita memejamkan mata kita tentang ayat-ayat kewajipan berjihad, kita mengambil ayat-ayat tentang wudhu' tapi kita melupakan tentang hudud. Apa kes? Janganlah kita menjadi manusia yang mengambil hukum Allah separuh-separuh, yang kita rasa ada chemistry dengan kita, kita ambil, yang takda chemistry kita pejamkan mata.

Jadi kesimpulannya, selalulah kita membasahi bibir ini dengan alunan ayat - ayat Allah dan ambillah iktibar dari apa yang kita baca dan jangan lupa amalkannya. Ilmu yang tidak diamalkan umpama motor tanpa petrol. Ha3


Salam Nuzul Quran dan Selamat Berpuasa Pada Semua
-Renungan untuk diri sendiri dan juga pesanan penuh budi pekerti dari H2O


1 comment:

  1. ya sudah tentu al-quran bukan untuk dibaca sahaja. kandungan dalam quran wajib diamalkan oleh semua orang bukan sahaja rakyat malah pemerintah pun mesti buat. kalau rakyat ikut quran tapi pemerintah tak ikut pun tak guna jugak..mesti sama2 ikut baru betul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal