Tuesday, August 02, 2011

Antara Terawikh dan Tazkirah. Nak pilih yang mana?



Assalamualaikum , Selamat Petang, Selamat Berbazar Ramadan. 
Selamat Berbuka Sebentar Lagi.

Antara Terawikh dan Tazkirah? Aku pilih Tazkirah. Kenapa abang kenapa? Lihat bawah.....



Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.  Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. 

طلب العلم فريضة على كل مسلم

      Maksudnya:  “Menuntut ilmu itu adalah fardu ke atas tiap-tiap orang Islam”
         Riwayat Ibnul Abdil Barr dalam Jami' Bayan al - Ilm wa Fadhluh 1/7. Hadith ini dalam kategori Hassan

Dah nampakkan sebabnya kan.
Okay apa hukum solat terawikh, Hukumnya Sunat. Kenapa lak aku tetiba post entri tentang ni..hmm..lihat bawah..



      Pada suatu masa dahulu, disebuah kampung Far Far Away, berduyun-duyun la penduduk kampung berbilang kaum, umur, jantina tergesa-gesa bertandang ke masjid untuk menunaikan solat terawikh berjamaah sempena bulan Ramadan yang mulia. Al kisahnya, sebelum solat terawikh bermula, bangunlah si imam membuat sedikit announcement. Begini bunyinya... " Bapak - bapak, ibu - ibu sekalian, hari ini kita cancel solat terawikh ya.. kita tukar plan jadi tazkirah ilmu yang akan disampaikan oleh Ustaz Amirul ." Ketika bermulanya tazkirah itu, bangunlah sebahagian besar penduduk kampung meninggalkan masjid kerana niat dihati untuk berterawikh tak kesampaian. 

The End.
.
.
Nampak kan rakan-rakan. Cehwah...  Realiti hari ini,amalan sunat dikejar  , yang wajib ditinggalkan. Aku tak cakap tak perlu solat terawikh, point aku kat sini, bila melakukan ibadah, ikut tertib. Wajib dahulu then baru Sunat. Tapi sekarang terbalik dah pulak. Aduhainya.

Kesimpulannya, if surau atau masjid kat tempat korang secara mengejut cancelkan Solat Terawikh dan digantikan dengan Tazkirah atau Majlis Ilmu, jangan angkat kaki balik rumah, duduk kejap dan dengar apa ustaz-ustaz, pak lebai , tok imam, syeikh tu nak share dengan korang then balik rumah korang share apa yang korang dapat kat Fesbuk, Twitter, Myspace, Friendster dan yang sama waktu dengannya.

Sekiranya tempat korang buat 2 in 1. Solat Terawikh ada, Tazkirah pun ada. Sapu dua - dua sekali lagi baik. Pahala pun masyuk. Insyaallah.



Pesanan penuh sopan santun dari H2O 007.
Renung-renungkan & Selamat Beramal.
^^

17 comments:

  1. slmt berpuasa ye...=)

    jempot la singgah blog sy..=)

    ReplyDelete
  2. oh. ade eh ganti dgn tazkirah? biasa buat dua-dua.

    ReplyDelete
  3. sapu dua2 jer bro....insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. ^^, betul2 .. contoh yg paling indah kalau nk nyatakan waktu solat aidilfitri .. ramai yg serbu masjid..sampaikan jiran yg selama ni x pernah langkah kn kaki kt masjid pn turut hadir.. alhmdllah sekurang2nya ada keinginan utk solat.. tp itu pn sunat . yg wajibnya? wallahua'lam ..

    ReplyDelete
  5. terawih la kan, sebab terawih ni hnye ade dalam bulan puasa. hihi.

    Ramadhan kareem

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa. terawih itu lebih afdhal di bulan Ramadhan ni. :)

    ReplyDelete
  9. kalau ila pun..ila dengar n lakukan kedua-duanya...hehe..

    yang baik mestilah dengar n lakukan kan..ngeh3..

    ReplyDelete
  10. assalam...22 sy suka...

    tp tarawih lg pntg...

    klu wat penuh ja...

    akn rsa kenikmatan solat sunat taraweh 2...

    awk wt penuh x?????


    hihihii salam Ramadhan..

    ReplyDelete
  11. a'ah. betol3 ! :) setujuuu sgt !!

    ReplyDelete
  12. wahhh..g tue ea..dua2 leh kan..ngehh..

    ReplyDelete
  13. dua dua saya tak kisah, layan jeh. huhu
    selamat berbazir ramadan :)

    ReplyDelete
  14. betul tu... tapi kadang2 org salah mentafsir.. yang berat dikatakan ringan, yang ringan disangkakan berat.. itulah perlu ilmu di dada..:) nasihat yang baik.. terimakasih yer...

    ReplyDelete
  15. salam,rugilah kalau balik gitu je dari masjid. dengar dulu tazkirah tu dah habis pon kan blh solat terawihh.2-2 dapat baru best :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal