Saturday, August 13, 2011

In Open Relationship - Saja untuk suka-suka

Assalamualaikum...


Topic for tonight : In Open Relationship status. 

Have A Nice Day readers...hoi hoi hoi...ha3.. mengarut sikit...boleh kan.^^



                Okay entri express sebelum tido, malam ini aku cuma nak tegur segelintir pengguna Facebook tegar yang letak maklumat berkenaan status perhubungan or dalam bahasa jawanya Relationship Status mereka di Facebook. Ada yang letak In Open Relationship. Korang tahu ke tak definisi status tersebut, maksud status tersebut dalam bahasa kasarnya , korang sebagai pelaku bersetuju untuk mengadakan hubungan dengan lelaki/perempuan yang korang minat not in romantic terms, tapi khusus kepada hubungan kelamin even korang dah ada pasangan hidup. Ha! tu dia.

                 Mesti ada yang cakap bila kena tegur pasal status tersebut, *relax la brader, aku main-main je, bukan betul pun*. Ni la problemnya masyarakat hari ini, korang kena paham, apa sahaja yang kita lakukan boleh dikira sebagai doa, bayangkan ada kawan korang baca status hubungan korang tu, then dalam sanubari dia terdetik owh, kawan aku In Open Relationship rupenya. Tup-tup  makbul pulak apa yang terlintas di sanubari dia tu. Kan parah. Jadi sebelum buat apa-apa fikir masak-masak dahulu bukan fikir separuh masak.

                So korang sebelum buat sesuatu yang korang sendiri tak pasti, better korang kaji dan mentelaah dahulu kesan-kesan disebalik perbuatan korang tersebut. H2O pernah berkata "Sediakan Raincoat dahulu Sebelum Gerimis" Ha3.

Masalah masyarakat zaman sekarang ni, kebanyakkannya berfikir tak cukup masak sebelum bertindak or melakukan sesuatu, jadi natijahnya korang boleh lihat sendiri hari ini, seperti bayi pakai buang, mak bapak pakai buang dan etc.

Renungan bersama penuh sopan santun dari H2O

6 comments:

  1. alohaaa...cm slh komen la plak
    dush2

    ReplyDelete
  2. kosongkan bahagian tu sudeh. hehe

    dill.

    ReplyDelete
  3. ahaks....
    tu lah ada jugak member shida yg still wat status gini..huk3~~~
    depa tak tahu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal