Monday, August 15, 2011

Yang Pelik Serta Menghairankan (entri politik)

Dah lama tak post entri polik. So guys entri kali ini berunsurkan politik dan penggunaan ayatnya ada sedikit unsur sarcasm. So kepada pembaca yang berunsurkan Barisan Nasional, entri kali ni tidak memihak kepada anda. Ha3.

TAK SUKA POLITIK ATAU AHLI BARISAN NASIONAL TEGAR
SILA JANGAN BACA =)

Yang pelik serta menghairankan.

  1. Saiful Bukhari yang menuduh dia telah diliwat oleh DS Anwar Ibrahim yang menghairankan tentangnya, ialah beliau tidak mampu dan juga insan yang lemah lagi maha kerdil kerana tidak dapat menghalang serta melawan Anwar Ibrahim yang berumur hampir 60an serta gagah perkasa dari meliwatnya yang masih muda dan lemah sendi-sendi.
  2. Pemimpin UMNO sering menuduh kerajaan PAS Kelantan tidak islamik kerana dinegerinya ada patung Buddha terbesar, tapi tidakkah mereka ingat pembinaan patung Buddha tersebut berlaku pada zaman pemerintahan BN di Kelantan yang sungguh Islamik.
  3. Muncul puak-puak pro kerajaan Pusat yang sangat gagah membela Islam dengan menghentam kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng ( DAP ) akibat larangan  pembacaan ayat Al Quran menggunakan mikrofon pada waktu Subuh di masjid pada awal kes tersebut, tapi setelah ternyata nasihat tersebut datangnya dari pihak Mufti Pulau Pinang yang tidaklah berapa arif tentang selok belok hukum agama, berbanding mereka yang bertaraf ilmuan islam, maka terkelulah lidah mereka untuk berkata-kata lagi.
  4. UMNO begitu lantang mengatakan PAS kuda tunggangan DAP, tapi tidakkah mereka lupa tentang tindakan pemimpin MCA yang menghentam bekas calon adun PAS dun Tenang - Cikgu Normala yang tegas tidak mahu bersalam dengan lelaki non-mahram.  Maybe bagi UMNO perempuan muslim bersalam dengan lelaki non-mahram merupakan islamik.
  5. Malaysia merupakan negara yang penuh dengan hasil bumi, tapi negara sentiasa dibelenggu dengan pertambahan hutang akibat kecekapan pimpinan BN setiap tahun.
  6. Malaysia merupakan salah satu pengeluar minyak petroleum dan minyak kita antara minyak termahal dijual di pasaran dunia, tapi harga minyak di Malaysia sentiasa naik dan naik serta pihak kerajaan suka sangat membandingkan harga minyak petrol di negara kita dengan harga minyak petrol negara Singapura, Indonesia yang bukan pengeluar minyak.
  7. Malaysia juga merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar, tapi negara sentiasa mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak setiap kali musim perayaan.
  8. yang ni aku nak boldkan MALAYSIA MAYBE MERUPAKAN ANTARA SATU-SATUNYA NEGARA DIMANA SYARIKAT PENERBANGANNYA (MALAYSIAN AIRLINES AKA MAS) JATUH KETANGAN SYARIKAT SWASTA IAITU AIR ASIA.
  9. Malaysia juga antara negara kelas ketiga yang tidak membenarkan rakyatnya berdemontrasi secara aman walaupun ia telah termaktub dalam perlembagaan negara akan hak setiap rakyat untuk berkumpul.
  10. Media massa Malaysia juga antara media yang tidak telus lagi mulus kerana sentiasa menyiarkan berita yang ADIL LAGI MAHA SAKSAMA seperti jumlah kehadiran peserta Bersih 2.0 hanyalah 6000 orang + jumlah tangkapan 1600 orang, tetapi faktanya hampir 100000 orang yang hadir. Kalau tidak , masakan KL Sental, Masjid Negara, etc penuh dengan orang.
  11. UMNO juga menghentam PAS kerana membiarkan adun Cina dari DAP masuk kedalam surau untuk memberi info tentang hal-hal semasa , sedangkan jawatankuasa musyawarah fatwa kebangsaan telah menetapkan diharuskan orang bukan islam masuk kedalam surau / masjid dengan keizinan pihak pengurusan seta menjaga tingkah laku dan cara berpakaian. Tapi majlis fatwa kebangsaan tidaklah begitu arif tentang selok belok hukum agama kot berbanding orang UMNO yang tersangatlah arif tentang hukum hakam.
  12. UMNO menghentam kerajaan PAS KEDAH pimpinan Ustaz Azizan kerana membenarkan premis hiburan hanya boleh dimasuki oleh bukan islam sahaja, sekiranya tidak akan dibatalkan lesen, dan pada masa yang sama kerajaan negeri Melaka pimpinan BN mostly adun UMNO+MELAYU+ISLAM membenarkan premis hiburan beroperasi sehingga ke lewat pagi pada bulan Ramadan. Takpelah, mungkin Pas Kedah kene benarkan orang islam masuk kedalam premis hiburan kot, barulah ada ciri-ciri negara islam. Ha3

Actually, banyak lagi aku nak tulis, tapi nanti- nantilah, tunggu part 2.

To be continued.....jeng jeng jeng....ha3

psss, kalo nak plagiat pun, tag la link aku skali adoinya..ha3

2 comments:

  1. jemu dh dengan keadaan kg nie.=.=''

    ReplyDelete
  2. betoll tu ! orang buta pon leh taw kebenaran nye, apetah lg yg celik neh. mereka sengaja membutakan mata ntok kepentingan dri sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal