Wednesday, September 14, 2011

Selalu Baca Tapi Faham ke?


Assalamualaikum w.b.t

        Hari tu aku update entri tentang rahsia warna alam dan kaitannya dengan solat fardhu, hari ni lak aku nak buat entri tentang solat juga. Berkenaan bacaan dalam solat.

        Six Million Dollar Question : Siapa yang betul-betul faham apa yang korang baca dalam solat? tak faham semua, 50 percent pun jadilah....


        Ha!! tu dia entri aku hari ni... kita solat tunggang terbalik 5 kali sehari, tapi adakah kita betul-betul faham apa yang kita baca dalam solat tersebut? Rugi bukan, setiap bacaan dalam solat antaranya merupakan doa. Tapi kalau kita sendiri tak faham apa yang kita doa, agak-agaknya makbul atau tidak....

sebagai contoh bacaan duduk diantara dua sujud. - lihat bawah -

  1. Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
  2. Warhamnii (Rahmati aku)
  3. Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
  4. Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
  5. Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
  6. Wahdinii (Berilah aku petunjuk)  
  7. Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
  8. Wa’fuannii (Maafkan aku)
Ya Tuhanku, ampuni aku, rahmati aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku dan maafkan aku.

        Simple dan pendek sahaja ayat ni, tapi isinya cukup mendalam dan lengkapkan. Tapi berapa ramai antara kita yang perasan makna ayat ni time kita bacanya didalam solat. Rasa - rasanya kalau seseorang tu walaupun dia faham akan makna ayat ni, tapi kalau dia solat ditahap To Fast And To Furious sempatkah dia menghayati makna doa ini?

         Kita berdoa kepada Allah, tapi if kita sendiri tak faham apa yang kita baca, macam mana nak makbul doa tu kan. Mesti ada yang cakap, "sory ar bro, wa tak tahu la arab - arab ni." Jawapan aku mudah, search je dalam internet makna bacaan kita dalam solat, even tak faham 100percent apa kita baca, at least kita faham apa yang doa dari tak faham langsung. Maklumat dihujung jari der.


         So nasihat aku pada aku sendiri terutamanya dan saudara seislam aku, ambillah sedikit waktu, google sikit makna bacaan kita dalam solat, barulah nanti kita lebih menghayati solat yang kita lakukan dan lebih khusyuk mengerjakannya . Sama - sama kita muhasabah kelemahan diri kita ini dan berusaha memperbaikinya..


Pesanan penuh sopan santun dari H2O

6 comments:

  1. betul ape yg dickpkan tue,amiklah sedikit mase dan fahamilah ape yg dibace didlam solat,.peringatan yg sungguh bermakna,afwan;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabat kerana mengingatkan..
    cuba sedaya upaya perbaiki diri...

    ReplyDelete
  3. Betul..betul...betul...

    memang penting tau makna bacaan sholat.

    ReplyDelete
  4. terima kasih mengigatkan.. memang gh searching psl ni...huhu

    ReplyDelete
  5. bagus la entri nih... ^^ tahu tapi salu lupe kan?


    http://bulatmata.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal