Saturday, September 10, 2011

Syarikat TELCO akan tukar moto diorang tak lama lagi!!!


Assalamualaikum w.b.t

Syarikat TELCO akan tukar moto diorang lepas ni?
Betul ke? Jeng Jeng Jeng!!!

Ini dia moto terbaru syarikat TELCO!!!

Tune Talk  : Tune Tax
Digi : Tax Will Follow You
Celcom : Got X Got Tax
U Mobile : U Must Pay Tax
Maxis : Tak Unlimited

aku tipu jela. ha3
muka excited nak bayar cukai

      Rasenya korang dah tau tentang kenaikan cukai 6% yang akan dikenakan terhadap pengguna perkhidmatan prabayar bermula 15/9/11 nie. Satu je aku nak cakap, Thank You Goverment Malaysia, Love You So Much, memang kena dengan moto korang, Rakyat Didahulukan Cukai Diutamakan. Lepas ni jangan lupa lak tambah lagi cukai-cukai kat Malaysia ni, aku memang suka bayar cukai, nak kasi perut korang kat atas tu lebih boroi dari yang biasa. Yela, rakyat kena berkhidmat pada kerajaan, bukan kerajaan berkhidmat pada rakyat.

Hari tu minyak naik, korang cakap harga global, bila minyak global turun kaw kaw punya, korang diam membisu seribu bahasa, bila gula dengan minyak masak naik, korang cakap untuk kesihatan, yela aku cuba mempercayai alasan korang sedaya upaya aku, he3. Korang memang pandai tadbir negara, aku salute spring punya, defisit negara tiap tahun bertambah tambah, memang bijak ar korang tadbir negara. Wa salute lagi sekali.

        Untuk PM Najib yang aku hormati lagi ku sayangi, aku tahu ko cuba nasihatkan syarikat Telco untuk mempertimbangkan semula kenaikan cukai tersebut dan ko memang tak terlibat langsung kotlah dalam keputusan kenaikan cukai tersebut, maybe ko dah lupa kot tentang budget yang ko dan team ko buat dalam budget pada 15 OKTOBER 2010, ini dia aku ingatkan balik....

Sebahagian budget:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN BERDASARKAN PENGUMUMAN BAJET 2011

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran Televisyen Berbayar
Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad cajPindaan kadar cukai perkhidmatan ini dikuatkuasakan melalui Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2010 [P.U. (A) 411/2010].

Dengan pindaan di atas, butiran (a) kepada perenggan 3, Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 [P.U(A) 468/2009] akan dibaca seperti berikut:

“3. Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai pada kadar yang berikut:

“(a) dalam hal perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai selain perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai berhubung dengan perkhidmatan kad kredit atau kad caj, 6% daripada harga, caj atau premium perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai yang ditentukan mengikut seksyen 4 Akta; dan”

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 [P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.

3.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
(i) Orang yang kena membayar cukai (“OKC”)
Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan komunikasi yang berdaftar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] atau yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 2000.

(ii) Perkhidmatan yang kena dibayar cukai
Penyediaan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar – cukai perkhidmatan dikenakan atas yuran langganan.

(iii) Perkhidmatan yang tidak kena di bayar cukai
Bayaran-bayaran lain yang dikenakan selain yuran langganan.

(iv) Kadar cukai perkhidmatan
Kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah 6%.

laporan penuh di sini 

agak-agak ar, rakyat Malaysia ni bukan semuanya kaya-kaya, banyak lagi yang miskin kedana, korang pikir senang korang je, susahnya rakyat tak pikir, aku tak bercakap soal politik disini, tapi kalau dah tak reti mentadbir negara, bagi kat orang lain je yang tadbir, dah 50 tahun lebih minum kopi O je, sesekali tukar lak Kopi Susu. Jangan cuba memperbodohkan kitorang, kitorang ni generasi baru, maklumat dihujung jari je.

kredit kepada saudara Firdaus Sauti atas pencetus idea untuk menulis entri kali ini.
Sumber lain SINI & SINI 

4 comments:

  1. ayt last aku suka
    jgn perbodohkan generasi baru




    kesian pd rakyat yg kurang mampu

    ReplyDelete
  2. terbaik la broo..
    aku suka ayat "dah 50 tahun minum kopi O, sesekali tukar pulak kopi susu"...
    tapi kat diorang tu xnak kopi susu, susu diorang nak la..mari kita mogok..kot ade Bersih 2.5 @ 3.0 nak jugak aku join..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal