Tuesday, September 13, 2011

Warna Alam dan Kaitannya dengan Solat Fardhu


Assalamualaikum w.b.t

          Hari ni aku nak share dengan korang tentang warna - warna dalam solat 5 waktu tiap-tiap hari yang kita buat. Korang buat x? cukup 5 waktu tak? cukup...alhamdullilah........teruskan istiqamah melakukannya...

          Seperti yang korang tak ketahui dan ketahui, solat lima waktu yang kita kerjakan Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak ada rahsianya yang tersendiri. Setiap waktu solat ada kaitan dengan warna alam yang berlaku ketika itu. Dan pakar-pakar saintis telah menemukan satu rawatan perubatan alternatif yang berkaitan dengan konsep sains fizik dan dikenali sebagai Color Vibration Therapy dalam ibadah solat kita. Setiap pergerakan dalam ibadah solat kita, memberi kesan yang amat bermanfaat kepada sistem dalaman badan kita seperti otak, pinggang, tulang belakang dan yang sewaktu dengannya disebabkan ia mempunyai kaitan secara langsung dengan perubahan warna alam yang berlaku ketika itu sekiranya solat tersebut dilakukan diawal waktu.


Allah telah berfirman " Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja. dan dengan malam dan apa yang diselubunginya, dan dengan bulan apabila menjadi purnama, sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan) Mengapa mereka tidak mahu beriman," (Al Insyiqaq; 16-20)

Memendekkan entri, ibadah solat ada spektrum warnanya yang tersendiri, iaitu:

SUBUH - BIRU MUDA

         Aku ringkaskan sahaja disini, waktu subuh ada kaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi, so if seseorang terlewat atau tak solat subuh, dia akan mengalami masalah rezeki dan komunikasi. Itu sebab orang-orang dulukala pantang dengan orang yang tidur lepas waktu subuh termasuklah mak aku.

        Bila waktu azan subuh sahaja, tenaga alam time tu berada pada tahap yang paling tip top atau optimum, dan akan diserap melalui ibadah solat kita time kita rukuk dan sujud. So kalau lewat solat, tenaga alam time tu dah low battery so badan pun tak dapat menyerapnya dengan efektif.

        Percaya atau tidak, sesiapa yang tak solat subuh mempunyai expresi muka yang berlainan dan kurang bersemangat berbanding mereka yang solat subuh. Hanya orang tertentu boleh mengesannya, ustaz aku pernah tanya soalan kat kawan aku, "tak solat pagi tadikan?" dan kawan aku memang termiss solat pagi tadi. So jangan ingat kalau tinggal solat, orang tak tahu.

Allah telah berfirman " Dirikanlah solat dari sudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan )dirikanlah pula solat) Subuh, Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan malaikat." (Al Isra' ; 78)

ZUHUR - KUNING

         Time ni warna alam berada pada spektrum warna kuning yang mempunyai kaitan dengan frekuensi perut dan hati dan memberi kesan pada sistem penghadaman manusia. Ia juga ada kaitan dengan keceriaan. So kalau seseorang selalu sangat terlewat dan tertinggal solat zuhurnya, besar kemungkinan beliau akan mengalami masalah di perut mereka dan hilang sifat keceriaannya dan menjurus kearah penyakit kemurungan. Tapi jangan pulak korang tengok orang yang muka ketat je , korang ingat dia tak solat zuhur. selalulah bersangka baik.

ASAR - JINGGA (OREN)

          Time ni warna alam berada dalam spektrum warna jingga yakni oren yang bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, testis dan ovari. Senang cerita ia berkait rapat dengan sistem reproduktif manusia. Ia juga mempunyai rahsia berkaitan dengan kekreativitian seseorang. So kalau selalu sangat lewat solat asar akan menyebabkan daya kreativiti seseorang tu menurun dan tidak mampu berfikir dengan lebih jauh. Selain itu, organ reproduktif mereka pun akan mempunyai masalah dan tidak dapat berfungsi dengan mantap. Ha3. Islam pun melarang tidur pada waktu asar kerana akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit gila or sewel.

MAGHRIB - MERAH


          Waktu ni, warna alam berada dalam keadaan warna merah yang mempunyai kaitan dengan fungsi otot, saraf dan tulang. Ia juga mempunyai rahsia berkaitan dengan keyakinan. So kalau selalu sangat tinggal solat maghrib dan terlewat melakukannya, besar kemungkinan pelaku akan mengalami masalah hilang rasa keyakinan dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. Pelaku juga maybe akan mengalami masalah lemah-lemah sendi serta otot dan kurang bertenaga. Time ni gak spektrum warna maghrib hampir hampir matching dengan spektrum jin dan iblis yakni infra merah (infrared). So ini waktu festival bagi para jin dan yang seangkatan dengannya bermaharajalela.

Dari Jabir ra, Rasullah s.a.w bersabda : " Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja"

        So if korang sedang dalam perjalanan time waktu maghrib adalah amat disyorkan untuk berhenti seketika dan solat maghrib dahulu. "Have A Break Lets Have Solah First" . Sebab time ni banyak pembelauan or inteferensi berlaku yang akan mengelirukan pandangan mata manusia dan probability malang tidak berbau itu berlaku adalah amat tinggi.

ISYAK - INDIGO

        Time ni warna alam dalam spektrum warna indigo yang bersamaan dengan frekuensi kawalan otak. Ia juga mempunyai rahsia berkaitan ketenteraman dan kedamaian. So kalau selalu lewat solat dan tertinggal solat, korang maybe akan mengalami rasa kegelisahan, tidak berasa tenang dan susah tidur (Insomnia).

        Tidur selepas isyak adalah time tidur yang paling disyorkan islam kerana time ni badan dalam keadaan delta dimana tubuh badan berada dalam kerehatan yang paling optimum or tip top.

        Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu (pink) seterusnya ungu dan ia bersamaan dengan frekuensi kalenjar pituari, pincal, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu dan dalam islam ia dipanggil qiamullail.

        So sangatlah digalakan bersolat tahajjud pada waktu ini seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Solat yang paling utama sesudah solat fardhu ialah solat sunat Tahajjud." Hadith riwayat Muslim

        So adalah sangat tak bagus melewatkan waktu solat kerana ia menunjukkan betapa tidak pekanya seorang hamba itu terhadap tanggungjawabnya terhadap Penciptanya. Selain itu segala suruhan Allah pada hambanya mesti ada hikmah disebaliknya dan ia untuk kebaikan hambaNYA juga. Kerana DIA yang telah menjadikan kita dan DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

So guys and girls!!!

Renung - Renungkan
Selamat Beramal
amacam kalerful tak? ha3

7 comments:

  1. terbaik..alhamdulillah bro..
    aku nak copy n paste ko punye entry ni boleh tak??..
    aku copy dlu ye...=)..
    trimas bro..

    ReplyDelete
  2. ilmu baru ni. terima kasih :)

    dill.

    ReplyDelete
  3. benda paling ringan, meninggal kan solat

    ReplyDelete
  4. ya....terima kasih share info neh..

    jom kita lakukan segala suruhan Allah dan tinggalkan segala larangnya...

    ReplyDelete
  5. walaupun tak dapat kelebihan2 yang ada pada 5 waktu solat, sebagai orang islam kita wajib melaksanakannya setiap hari. Terima kasih share info ni..sebenarnya tak payah tengok dahi orang ada tulis solat atau tak solat pun orang boleh tahu dia solat ke tak solat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal