Sunday, October 30, 2011

Apa yang Lelaki Mahukan Pada Hari Lahir Mereka?


Assalamualaikum w.b.t


           Apa yang lelaki mahukan semasa hari lahir mereka? Ini entri terbaru aku setelah sekian lama menyepi dari arena blogging. Dari pendapat akulah, kaum lelaki ni bukan jenis yang mengharapkan hadiah, sambutan parti hari lahir & bla bla.... jadi apa yang mereka mahukan? Agak - agaknya lah...............

           Apa yang mereka (lelaki) mahukan pada hari lahir mereka hanyalah sekadar ucapan "Selamat Hari Lahir" daripada orang yang mereka sayangi dan insan yang selalu berada disamping mereka. Seperti parent, member rapat, buah hati dan sewaktu dengannya. Ucapan "Selamat Hari Lahir" tu even pendek giler tapi sangat bermakna, jangan ingat lelaki ni muka je brutal,diorang pun ada perasaan,  bak pepatah facebook la, "Muka dah Macam Mafia Wars Tapi Dalam Hati Ada Farmville"

           Menyusur sejarah hari lahir aku selama ni, seingat aku la, aku belum pernah lagi meraikan hari lahir, potong kek ke, buat kenduri ke dan sewaktu dengannya lah. Tapi memang dah feel aku dari kecil, aku tak suka meraikan hari lahir sangat, kebiasaannya aku cuma isikan hari lahir aku dengan bacaan yassin dan doa selamat, itupun aku buat sendiri - sendiri. Aku pun jenis tak suka hebahkan tarikh hari lahir aku bila even kat member sendiri. Mak aku pernah suggest, nak masak bubur sedekah kat jiran - jiran time hari lahir aku dulu la, tapi aku sendiri tak nak, sebab taknaklah menyusahkan mak aku memasak bagai.

            Aku nak share dengan korang satu cara untuk test berapa ramai member korang yang ingat hari lahir korang, tapi cara ni khusus untuk mereka yang mempunyai akaun facebook. Kalau takda facebook kurang sikit la berkesan cara ni. Time aku aktif berfacebook dulu , aku set maklumat hari lahir aku bila, tapi bila dah dekat tarikh haru lahir aku, maklumat hari lahir aku tersebut aku akan privatekan. So dari ratus - ratus friends aku kat facebook, siapa yang agaknya akan wish birthday aku even tak da notification bahawa hari tu birthday aku. Resultnya .................................... anda boleh jangkakan. Untuk pengetahuan korang, kat facebook aku, aku just add orang yang aku betul - betul kenal sahaja, yang aku tak kenal dan taknak mengenalkan diri, aku takkan add or approve.

             Aku bukan nak cakap, yang aku ni jenis orang yang ingat semua tarikh lahir membe2x aku, tapi if member2x aku yang selalu lepak dengan aku, aku akan save hari jadi mereka kat application calendar dalam phone aku, supaya aku tak terlupa hari jadi mereka, Percayalah, apabila hari lahir anda dilupakan insan yang dekat dengan anda, itu bukan suatu perkara yang seronok. Jadi cuba sebaik mungkin untuk tidak melupakan hari lahir insan disamping anda even dengan sekadar ucapan " Selamat Hari Lahir "

Renung-renungka.... Selamat Beramal.

8 comments:

  1. salam..
    betul2.. ble mber paling dekat ngan kita lpe tarikh lahir mmg sesuatu yg tak seronok.. bukan mengharap apa pun, sekadar ucapan dah buat hati ni riang gembira.. hida pun selalu reminder kat phone sbb ngan angka ni lemah sikit.. :)

    ReplyDelete
  2. sya selalu lupa dengan bday sndiri kan? huhu..

    diorang kengkawan yang ingatkan...

    sbb selalu lupa tarikh~ n x menunggu bday sendiri. mcm x penting je. tapi bila dah masuk institut pengajian tinggi, diorang bagi hadiah, ucap bday... rasa dihargai~ egege

    ReplyDelete
  3. setuju sangat2... selamat hari lahir tu kesannya sangat besar sebenarnya... hurm... tapi saya jarang ingat besday seseorang.. perlu ubah tabiat ini kan??? :)

    ReplyDelete
  4. besday snd pn sringkali terlupa...tp fb mmg xde besday pn.by da way alhamdulillah tman rapat msih ada yg wish.


    membe rapat mmg ada dlm hp pn date dorg.ehehe

    ReplyDelete
  5. huhu. trase sih. klu xde fb mmg xigt sme besday kwn2 :(

    ReplyDelete
  6. last year kurang wish dr "stranger" d fb sbb tarikh lahir private..yang wish pun my besfren n my family... tp ada jg sorang yg wish bday.. paling awal pulak tu.. x sangka pula dia igt bday sy.. terharu..hahahaha

    dis year.. x private sudah.. mendapat sambutan yang memberansangkan..hahaha i should thanks to fb not them..hahaha

    ReplyDelete
  7. betul..
    bukan hadiah yg diharapkan..
    tapi betapa bahagia bila ada yg mengingatinya..
    rasa happy sangat.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal