Wednesday, October 19, 2011

Online je dah boleh tempah pelacur


Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama rasa patik meninggalkan dunia maya ini,
almaklumlah, purnama yang lalu laptop patik jatuh sakit. Setelah dirujuk ke kedai
komputer , dukun disitu meminta patik meninggalkan laptop tersebut untuk diubati. Alhamdullilah 
setelah dua minggu kemudian, laptop patik pun pulih, seperti anak dara pingitan, kerana apa? harddisknya telah ditukar baru, maka hilanglah file - file simpanan patik yang berharga, tersangatlah berdukacita patik akan keadaan itu. Ha3..

            Ceh poyo je aku kan, nk try menulis dalam bahasa melayu dulukala tapi tak jadi..ha3.. abaikan..
sekarang ni aku nak cerita tentang satu berita yang aku dapat time aku godek-godek blog dan portal berita online, aku jumpa tentang satu berita berkenaan perkhidmatan langgan pelacur secara online contohnya di facebook. nak berita lebih lanjut.....

klik sini....... My News Hub


            Aku tak nak printscreen website langgan pelacur secara online tu, sebab ada gambar - gambar yang tak baik untuk kesihatan jasmani mahupun rohani. Aku survey jap kat facebook tadi, ramai gak fans diorang, ada dalam 1400 orang penglike dan ada gak orang islam yang like, siap kasi komen positif lagi kat wall facebook tersebut.. adoyai... Amaran kepada kaum lelaki, jangan cuba - cuba langgan perkhidmatan tersebut, ingat kata - kata ni "Hisaban amalan kita kat akhirat nanti tak boleh nak kawtim kawtim lagi dengan Sang Pencipta, semua amalan dihisab secara detail and ada reward menanti setiap amalan tersebut."

           Aku harap pihak yang berwajib contohnya SKMM akan mengambil tindakan secepat mungkin berkenaan permasalahan ini, kalau dibiarkan kang, tak pasal - pasal nanti muncul lak perkhidmatan jual organ manusia secara online lak. Habis....
macam macam sekarang ni...

0 terjahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal