Friday, December 23, 2011

Antara Dua Darjat!


Assalamualaikum w.b.t

               Fuh..... Lama giler aku tak update blog + dah berhabuk, bersawang + dah macam blog jin bertendang gamaknya. Ha3... Okay... Tajuk blog kali ni tiada kena mengena tentang kisah percintaan antara pasangan kekasih berlainan darjat, ni cerita tentang isu semasa.

               Okay , nak diceritakan, tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan, bukan 12 tahun yek, terhadap bekas menteri besar Selangor Mohamad Khir Toyo atas kesalahan korupsi, iaitu mendapatkan 2 lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM 3.5 juta. Pergh, murah gila gila bai, tapi setahu aku lah Khir Toyo ni bukannya kaya sangat time dulu dulu and sekali jadi menteri besar, pergh jadi kaya express pulak. Siap beli rumah harga berjuta bai. Memang musykil aku, mana dia dapat duit tu. Kalau MB Selangor sekarang, Khalid Ibrahim, aku tak ler pelik sangat, sebab memang sebelum dia cebur dalam arena politik, dia memang seorang yang kaya raya, ahli perniagaan katakan.

              Back to the topic, antara dua darjat, apa yang aku maksudkan dengan tajuk aku kali ini, okay, cuba korang baca berita ni dulu dari The Star Online.



Sumber The Star

              Nampak tak beza hukuman yang diterima oleh seorang ahli politik, berada, terkenal berbanding hukuman seorang penganggur. Seorang penganggur dipenjara dua tahun hanya kerana mencuri 6 kotak shampoo bernilai RM 107.40 di sebuah pasarraya. 2 tahun bro!!!  Khir Toyo dipenjara setahun setelah menyeleweng hampir RM 3 juta. Beza tak.. Beza gila.. Mana keadilan der.. Someone said la " if you got money, even law is useless against you"

Renung - renungkanlah guys, Undang - undang di Malaysia ditahap mana.


the most sincere and honest man ever live.
topic kali ni diinspirasikan dari berita harakahdaily.

2 comments:

  1. world nowadays is unfair rite.. huhu. kata je malaysia negara islam but takde keadilan dan ciri2 keislaman tu sendiri. camne laa org luar nak respect. undang2 dicipta utk dilanggar kot. hehe. :D

    ReplyDelete
  2. ada duit, boleh buat apa sahaja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal