Monday, January 23, 2012

Erti Tangisan Bayi

Assalamualaikum w.b.t

               Lame blog aku ni  tak berupdate, nak buat macam maner, this past few months aku memang busy giler. Okaylah,  hari tu, aku ada terbaca satu bahan bacaan yang agak menarik dan ingin aku kongsikan disini. "Erti Tangisan Bayi". Didalam buku " Your Child 's Body Language" Dr Richard Wolfson menyatakan setiap tangisan bayi mempunyai erti yang berbeza dan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah or ibunya. Betul kot, sebab time adik aku zaman baby baby dulu, kalau dia nak menyusu, dia pasti menangis dengan tangisan yang agak pelik sedikit bunyinya..." Nyek, Nyek, Nyek" Ha3....naseb baik bukan Nyot Nyot Nyot.....

               Aku sertakan sekali contoh contoh tangisan bayi dibawah ini........................


Tangisan "Aku Ingin Menyusu" kebiasaannya seorang bayi itu apabila lapar, dia akan menangis. Dan tangisannya akan berulang - ulang. Dia akan berhenti sebentar untuk mengambil nafas dan menangis semula, begitu la seterusnya. Penyelesaiaannya mudah, susuilah bayi anda sehingga kenyang, kalau dah boleh makan, boleh beri makan nestum atau bubur, tapi jangan lak korang sumbat makanan berbentuk pepejal, silap aribulan ada yang masuk ICU.

Tangisan "Lampinku Basah" atau pun dikenali "Saya dah wee~wee". Bayi lebih suka lampin mereka or diapers mereka dalam keadaan bersih dan kering. Tangisan mereka biasanya perlahan, kemudian makin kuat. Dan biasanya bayi tersebut mengeliat liat ditempat tidur mereka. Konklusinya, tukarlah lampin (diapers) bayi anda dengan segera, tak tahu tukar? boleh kursus..ha3...saya syorkan diapers Mamy Poko ~ Untuk keselesaan bayi anda~

Tangisan "Badanku Sakit" semua bayi biasanya akan menangis sekiranya berasa sakit. Dan tangisan jenis ini, volume tangisan tersebut sangat tinggi. Hampir seperti jeritan. Jalan keluarnya, cuba cari punca kesakitan tersebut, cuba try pegang bahagian perutnya, mungkin kembung perut tak pun sembelit. Ha3. Or pegang bahagian badan yang lain, dan sekiranya bahagian badan yang anda pegang tu, bayi tersebut makin kuat menangis, tuam - tuam lah bahagian tersebut dengan air suam or urut dengan minyak "yuu yee cap limau". Kalau memang korang dah hilang akal langsung, bawalah ke klinik yang berdekatan dengan anda, rujuklah pada doktor di tempat anda.

Tangisan "Aku Bosan" siapa kata bayi tidak merasa bosan, mereka pun berasa bosan sekiranya tidak mendapat layanan dari Ibu or Ayah mereka. Tangisan mereka ini lebih kepada teriakn berbanding tangisan, dan ia akan menangis selama mana kebosanan menyelubungi mereka. Penyelesaiannya, temani dia bermain, menyandungkan sebuah nyanyian ( jangan ajak karaoke pula), bawa berjalan jalan, or main lambung lambung, tapi ini untuk mereka yang pakar melambung dan menyambut sahaja, *tidak disarankan kepada mereka yang lemah semangat.

Tangisan "Aku Nak Dukung" berbaring sahaja kadangkala memenatkan even for baby, so biasanya bayi tersebut akan merengek  dan agak menjengkelkan. Mereka juga akan mengosok - gosokkan tangan mereka pada bahagian wajah mereka. Cara atasinya, buailah bayi anda perlahan lahan sehingga ia tertidur.

              Tu sahaja aku dapat kongsikan, anda untuk pengetahuan korang yang belum ada bayi sendiri lagi, menjaga seorang bayi sangat memenatkan. Even aku belum ada baby lagi, tapi aku ada pengalaman menjaga bayi, memang penat dan kadangkala menguji kesabaran. Tapi kalo dapat bayi jenis sporting, memang untungler........dan ingat bila korang dah ada anak sendiri nanti, ingatlah anak kecil itu umpama
kain putih, anda yang bertugas mencorakkannya, nak corak kain batik ke, corak abstract ke, terpulang, lu pikirlah sendiri................wasalam.

sumber gmbr dr google
baby baby baby oh...baby baby baby oh......lalalala...

10 comments:

  1. saya pun dah biasa jaga baby... dah tau dah tebiat2 baby ni kalau nak sesuatu.. =)


    tapi paling susah jaga baby time demam or sakit perut.. kesian.. nagis tak henti/T_T

    ReplyDelete
  2. wahh ada beza eh. baru 1st time baca ni, hehe.

    ReplyDelete
  3. ha ha ... baby nangis mak dia dpt tafsir . pempuan nangis sape nak tafsir ?

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar pasal dr richard wolfston..anyway terima kasih share entri ni nanti bole check sejauh mana kebenarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dh check, doktor dn bukunya mmg wujud...ada jual di amazon.

      Delete
  5. anak kecil cahaya kehidupan dan kebahagian kasih suami isteri. amanah yang berat untuk mereka...

    ReplyDelete
  6. tak pernah jaga baby...tapi teringin nak jaga baby..heheheh

    ReplyDelete
  7. sekali lagi lama tak update blog ni

    ReplyDelete
  8. sumpah comel. cuba singgah blog saya tengok video baby. comellll hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deal or No Deal